Salam sejahtera dan semoga hari ini hidup kita penuh dengan limpahan rahmat dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga kita juga sentiasa berada dalam lindungan Allah. Hari ini, bumi Auckland dibasahi dengan hujan rahmat. Cuaca pun mendung jer, membuatkan saya rasa sedap jer kalau tarik bantal tidur. Tapi kalau dah tidur banyaklah nanti kerja rumah terbengkalai, blog pun tak terisi pulak.
Pagi ni saya duk fikir resepi apa saya nak letak. Saya belek-belek semula koleksi resepi saya yang tersimpan dalam almari buruk saya..hehehehehe. Macam harta karun pulak yek. Tenung punya tenung, saya rasa nak pilih resepi Victoria Sponge Cake. Resepi ni saya ambil dari buku masakan saya yang bertajuk 1000 Recipes. Saya sangat suka buku nih. Macam-macam resepi ada, dari lauk pauk, dessert, snack dan banyak lagi. Tapi semua resepi Mat salleh. Jadi kena tengok-tengok juga mana resepi yang boleh lalu kat tekak melayu kita nih.
Kita terus kepada resepi saya pagi ni. ( rasa macam masuk rancangan masakan pulak aihhh..). Resepi ni ringkas dan bahan-bahan yang digunakan pun senang nak cari. Tak ada bahan pelik yang memeningkan kiter nak pikir. saya rasa sesapa je boleh buat resepi nih. Tak rugi pun mencuba sebab cake ni pun sedap sangat. Anak-anak saya sekali hadap cake nih, licinnnn....!!!!.
Victoria Sponge Cake
source: 1000 recipes cooking book
175gm butter
175gm caster sugar ( boleh kurangkan gula kalau tak suka manis sangat )
3 biji telur ( pukul sedikit )
175gm self raising flour/ tepung naik sendiri
6-8 sudu besar rasberry jam ( boleh tukar jem lain )
150ml double cream ( pukul sehingga gebu )
sedikit icing sugar
Sedikit buah rasberry sebagai hiasan ( optional )
Panaskan oven dangan suhu 190C
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Ayakkan tepung dan masukkan semua tepung ke dalam adunan menggunakan spatula.
Kaup balikkan adunan tersebut supaya rata dan sebati semuanya.
Sapukan sedikit butter pada loyang terlebih dahulu, supaya cake tidak melekat pada loyang.
Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit sehingga cake kelihatan keperangan dan lembut bila disentuh.
Apabila cake sudah masak keluarkan dan terbalikkan cake. Bahagian bawah cake perlu berada diatas apabila dihidangkan.
Apabila cake sudah sejuk, cake perlu dibelah kepada dua bahagian.
Bahagian bawah cake tadi disapukan jem rasberry kemudian sapukan pula double cream di atas jem tadi.
Ambil sebahagian cake lagi dan telangkupkan ke atas double cream.
Ayakkan gula icing di atas cake.
Hiaskan dengan buah rasberry.
Kepada semua ' Selamat Mencuba '
No comments:
Post a Comment