Hari ini saya dah masukkan 2 entry masakan saya. Ini dah kira entry yang ketiga.Kali ini saya bukan nak cerita pasal masakan. Tapi saya nak berkongsi cerita tentang kembara kami dibumi New Zealand. Seperti yang saya maklum, saya memang merempit nak masukkan cerita yang telah saya biarkan berlalu tanpa didokumentasikan. Itu yang jadi satu hari 3 entry. Tapi tak mengapakan bukan menjadi satu kesalahan pun.
Baiklah...
Sebenarnya kisah kembara saya dibumi Auckland, New Zealand ini bermula pada tanggal 3 Januari 2009. Pada tanggal tersebut sampailah saya dibumi Auckland, meninggalkan ibu bapa. adik beradik, saudara mara serta sahabat handai di tanah air...Malaysia. Pada waktu itu saya datang bersendirian bersama anak-anak yang masih kecil. Suami saya telah pun datang ke sini pada bulan November 2008, melanjutkan pengajian diperingkat Doktor falsafah (PhD), di Auckland University of Technology. Disebabkan pada waktu itu ada sedikit masalah visa anak bongsu saya, maka tak dapatlah saya bertolak ke Auckland bersama-sama suami pada bulan November 2008.
Ipar-duai dan biras-biras saya di KLIA, malam sebelum bertolak. |
Anak-anak saya bersama sepupu sepupu. |
Bertolaklah saya malam itu dengan perasaan bercampur baur. Sedih meninggal insan-insan tersayang. Teruja untuk memulakan hidup baru di bumi New Zealand. Dapat jugak saya mengawal perassan saya dari menangis pada malam itu....heeheheheh control ayulah konon..!!.
Perjalan saya ke Auckland, New Zealand memakan masa selama 11 jam. Aduhhh....!!!sangat meletihkan. Letih sebab duduk lama sangat dan tak cukup tidur. Riba saya menjadi tempat anak-anak merebahkan kepalanya. Waktu itu rasa lambatnya sampai. Anak-anak pun merengek penat.
Dalam pukul 2 petang, Alhamdulillah...mendaratlah kapal terbang dengan selamatnya di Airport Auckland, New Zealand. Alhamdulillah syukur, perjalanan kami selamat semuanya.
Pertama kali menjejak kaki di bumi Auckland |
Tengoklah beg tu, banyak dan berat. Nasib baik ada Harith. Tapi masa tu Harith baru umur 8 tahun. |
dah kepenatan semuanya. |
View pertama yang saya lihat bila mula-mula sampai di New Zealand. Excited betul masa ni. Maklumlah tak pernah sampai New Zealand. Masa saya sampai hujan renyai-renyai dan cuaca terasa sejuk. Sebenarnya waktu saya sampai, waktu itu tengah summer. Tak sejuk pun sebenarnya. Tapi kerana kita datang dari tempat panas, terasalah sejuknya.
Kembara di bumi New Zealand akan saya sambung dengan part 2. InsyaAllah. Semoga saya diberi kekuatan dan semangat untuk mendokumentasikan kisah kembara saya disini.
No comments:
Post a Comment