Wednesday, 22 February 2012

Roti telur gulung

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Besar harapan saya semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria ceria selalu hendaknya. Hari ini cuaca di Auckland ni mendung jer. Alhamdulillah tidak sepanas semalam. Auckland nih kalau datang musim summer terasa bahang sangat. Cuaca panas dibumi Auckland ini, panas dan kering. Tidak seperti Malaysia, cuacanya panas dan lembap. Kalau di Malaysia panas macam nih dah berpeluh-peluh, tapi kat sini cuaca  panas, tapi tak berpeluh. Kalau kita berjemur tengah panas sekejap pun , kulit cepat jer sunburn. 

Dah breakfast semua? 
Saya dah kenyang breakfast pagi ini..Alhamdulillah terima kasih atas rezeki Mu Ya Allah...Hari ni saya buat roti telur gulung. Seperti biasa ringkas dan senang. Roti telur ni saya bekalkan  untuk anak-anak saya lunch disekolah nanti. New Zealand nih sekolahnya tak disediakan kemudahan kantin. Semua pelajar perlu bawa bekal yang disediakan oleh ibu bapa. Jadi agak pening kepala juga saya nih nak fikir menu apa untuk lunch box nanti. 



Oleh sebab itu, saya perlukan menu yang ringkas dan cepat. Tak ada masa pagi-pagi nak buat yang susah, kecuali hari minggu. Kat sini bukannya ada gerai nak beli nasi lemak ..hehehehe... 



Sebenarnya inti telur resepi ni, saya main campak-campak je. Cuma idea gulung dan potong macam sushi tu saya dapat idea dari buku majalah FOOD yang saya beli di Countdown supermarket. Amatur macam saya ni selalu kena belek-belek majalah masakan baru dapat idea. Maklumlah tak terer bab masak. Oklah jom kita tengok resepi Roti Telur Gulung.


Roti Telur Gulung:

Beberapa keping roti sandwich. ( ikut suka nak banyak mana )
Marjerin ( untuk disapukan pada roti)
Telur ( saya guna 5 biji )
Sedikit susu segar
Beberapa tangkai daun kucai ( dipotong halus )
Oregano ( saya guna yang dalam botol dalam anggaran 1 sudu kecil )
Parsley
Sedikit kiub Pati Ayam Knor
mayonis
Parutan cheese
Sedikit lada hitam
Garam
Sedikit minyak zaiton/ Olive Oil ( anggaran 2 sudu besar )

Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan sedikit susu segar dan kacau.
Masukkan sedikit garam, daun kucai, oregano, parsley, sedikit kiub pati ayam dan sebuk lada hitam. 
Kacau semua bahan tersebut dan tuang ke dalam kuali panas yang berisi miyak zaiton. Biarkan telur masak perlahan lahan dan sentiasakacau telur.Jangan biarkan telur masak terlalu lama nanti telur keras dan kering.

Roti sandwich perlu dipotong kulit tepi. 
Selepas dipotong kulit tepinya, gelek roti tersebut supaya menjadi nipis dan senang untuk digulung.
Sapukan sedikit marjerin pada roti. Selepas itu bolehlah diletakkan scrambled eggs, parutkan cheese serta letakkan mayonis. Gulung roti tersebut dan potong kepada beberapa bahagian seperti sushi...taraaaa!!! siap untuk dimakan. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau tomato. 


No comments:

Post a Comment