Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.........
Segala puji bagi Allah SWT yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga sahabat baginda dan mereka yang mengikuti petunjuknya hingga ke akhir hayat.
Alhamdulillah dengan izin Allah, tertinta juga pena saya hari ini untuk berkarya. Meskipun sibuk dengan urusan harian, saya mencari sedikit ruang waktu untuk menulis diblog ini. Biarpun tidaklah sehebat mana, hasil karya saya, sebagai permulaan, ini sajalah dulu sebagai pembuka bicara.
Syukur ke hadrat Mu Ya Allah...
Yang memberikan saya kekuatan dan semangat untuk berbicara diruang maya ini. Walaupun sebenarnya agak terlambat. Kenapa terlambat? Sebenarnya tahun ini merupakan tahun keempat saya bercuti dari bekerja, mengikut suami merantau dibumi New Zealand. Merantau untuk berjuang mendapatkan segulung PhD. Semoga suami saya berjaya dengan cemerlangnya dalam perjuangan pengajiannya, insyaAllah. Jadi saya pula secara tak langsung dari kerjaya seorang guru, bertukar kerjaya kepada surirumah sepenuh masa, macam tak percaya pulak rasanya. Sebab itulah tadi saya katakan agak terlambat. Sepatutnya dah lama saya berbicara dan berkarya di blog ini.
Tapi tidak mengapalah, mungkin tak sampai seru lagi untuk saya berkarya pada waktu itu. Masa yang telah berlalu itu, biarkanlah ia berlalukan?. Sepanjang kerjaya saya sebagai surirumah ni, telah banyak resepi yang saya cuba, ada yang jadi, dan banyak juga yang tak berapa nak jadi. Maklumlah saya ni chef kepada suami dan anak-anak yang baru nak berjinak-jinak didapur. Saya akui saya ni memang tak pandai masak dan tak berani mencuba sebelum ini.
Mungkin faktor masa yang sibuk dan keadaan sekeliling saya waktu itu, maklumlah banyak kedai makankan, pilih, tunjuk, bayar jerrr..( ayat nak cover malas masak sebenarnya)......, tapi bila saya datang New Zealand ni, pilihan tak ada macam di Malaysia maka terpaksalah saya angkat senjata didapur. Tapi Alhamdulillah kerana faktor itu jugalah saya dah mula pandai masak sikit-sikit. Saya pun rasa seronok sebab kawan-kawan yang saya jumpa di New Zealand nih ramai pandai masak, jadi saya banyak belajar dari mereka.
Oleh itu diruang yang serba sederhana ini, saya hanya ingin berkongsi resepi simple saya yang saya belajar dari website dan blog-blog hebat. Setiap kali melihat blog hebat mereka, lihat gambar masakan mereka, membuatkan saya bersemangat nak masak. Kadang-kadang tu tak jadi pun macam hasil yang diinginkan. Tapi saya tak patah semangat, cuba dan terus mencuba.....!!!!!!.
Blog ini juga sekadar mengabdikan minat saya sekarang kepada dunia masakan, baking dan minat saya terhadap dunia photography. Resepi resepi dalam blog ini pun semuanya saya perolehi dari blog blog lain. Maklumlah tukang masak amatur macam saya mana pandai mencipta resepi.
Enjoy sightseeing in this blog!!
Cheers!
No comments:
Post a Comment